Saturday 15 October 2011

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera





Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera atau nama ringkasnya SK Pengkalan Tentera (SKPT) yang terletak di Kem Batu 10,Jalan Gambang.


Pada tahun 2009,sekolah ini mempunyai seramai 626 pelajar lelaki dan 612 pelajar perempuan.Jumlah keseluruhan murid di sekolah ini seramai 1238 murid. Majoriti pelajar sekolah ini terdiri daripada anak-anak tentera.Sekolah ini juga mempunyai seramai 80 orang guru.Oleh kerana itu,sekolah ini telah mengadakan dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang.Pada tahun itu juga sekolah ini telah menukar nama-nama kelas.


Blok Baru Bawah




Blok ini merupakan blok yang terbaru di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera.Bangunan ini siap dibina sepenuhnya pada tahun 2008.Blok ini mempunyai 7 buah kelas yang digunakan oleh murid tahun 1 hingga 5.Blok ini mempunyai 8 buah kelas.Blok ini akan digunakan olh tahun 4 dan 5 pada waktu pagi manakala pada waktu petang pula blok ini digunakan oleh murid-murid tahun 2 dan 3.Blok ini juga akan digunakan untuk mengadakan  Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. 

Monday 10 October 2011

Bilik Guru






SK Pengkalan Tentera mempunyai dua buah bilik guru yang terletak di belakang dewan tertutup dan yang lagi satu di blok tahun enam.Dua buah bilik guru ini memuatkan seramai 76 orang guru.Bilik guru ini mempunyai kemudahan untuk guru-guru menjadi lebih selesa ketika berada di bilik guru ini.Antara kemudahan-kemudahan yang berada di bilik-bilik guru ini adalah penghawa dingin,komputer riba dan sebagainya.

Bilik Guru Besar







Bilik Guru Besar SK Pengkalan Tentera terletak bersebelahan dengan pejabat sekolah dan juga di blok yang berhadapan dengan blok tahun 6.

Pejabat sekolah








Pejabat SK Pengkalan Tentera terletak di bangunan yang terletak berhadapan dengan blok murid tahun enam dan bersebelahan dengan Bilik Guru Besar.Terdapat juga Bilik Guru Penolong Kanan , Bilik Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.Di sini juga terdapat beberapa orang kerani sekolah yang bekerja di situ.Di sini juga mempunyai kemudahan untuk memudahkan guru-guru menyediakan bahan untuk murid-murid dengan menggunakan mesin pencetak.



Bilik Akses









SK Pengkalan Tentera mempunyai sebuah Bilik Akses atau nama singkatannya (PUAS)iaitu Pusat Akses Sekolah.Bilik ini juga terletak bersebalahan dengan Bilik Kaunseling.Bilik ini digunakan untuk murid-murid dan guru-guru untuk melayari internet dan juga untuk guru-guru membuat kerja masing-masing.





Makmal Komputet SK Pengkalan Tentera









Makmal Komputer SK Pengkalan Tentera mempunyai 2 buah makmal komputer.Satu makmalnya sedang diselenggara manakala satu lagi telah siap diselenggara.Makmal ini juga mempunyai internet di setiap komputer.Ini memudahkan lagi murid-murid dan guru-guru untuk melayari intenet ataupun untuk melakukan sesuatu kerja yang menggunakan komputer.Komputer-komputer di makmal ini baru sahaja siap dibaiki oleh Encik Nasharulnizam.